Saturday, December 1, 2007

Kundalini Reiki

Kundalini Reiki merupakan salah satu jenis Reiki yang sekian banyaknya tersebar ketika ini. Ianya lebih mudah, tanpa penggunaan simbol, warna atau visual yang merumitkan.

Kundalini Reiki telah ditemukan oleh Ole Gabrielsen (berasal dari Denmark). Beliau merupakan seorang Grandmaster Meditasi dan Kundalini yang sekian lama melakukan channeling terhadap seorang guru spiritual dari Kashmir, yang dikenali sebagai Kuthumi.

Kundalini Reiki bermakna saluran penyembuhan yang tertentu dan cakra-cakra telah dibuka dan anda dengan itu mendapat jalan masuk ke tenaga bumi. Cakra akar iaitu pusat tenaga terletak berhampiran hujung tulang belakang berperanan sebagai pintu masuk untuk tenaga reiki kundalini.

Selepas proses pengaktifan (attunement) dilakukan tenaga akan mengalir keseluruhan tubuh melalui saluran utama tenaga dan keluar dari cakra mahkota yang terletak dibahagian atas kepala. Saluran tenaga ini bergerak dari cakra akar ke cakra mahkota.

Kundalini terbuka bermakna,selepas suatu masa yang tertentu, pemerosesan pembersihan cakra-cakra pun akan mencapai kesempurnaan. Ianya bererti segenap bahagian-bahagian tubuh dan saluran tenaga telah diperolehi dan telah tersedia untuk digunakan dalam berbagai situasi penyembuhan.

Kundalini Reiki dapat dikuasai setelah penyelarasan / attunement yang mudah, hanya memerlukan masa lebih kurang 25 minit untuk proses attunement.

No comments: