Friday, November 16, 2007

Apa Itu Reiki?

Reiki berasal dari Bahasa Jepun, Rei ertinya alam semesta dan Ki ertinya energi/tenaga. Jadi perkataan Reiki bererti tenaga dari alam semesta, malah ada yang menamakannya energi Illahi. Reiki adalah salah satu teknik penyembuhan alternatif dengan menggunakan tenaga.

Tenaga Reiki yang disalurkan merupakan tenaga kehidupan yang tidak terbatas dari alam semesta yang memberikan kerehatan yang mendalam serta sangat membantu dalam mengatasi Stress dan membantu setiap orang agar mampu menjaga dan meningkatkan kesihatan serta menyembuhkan berbagai penyakit.


Tenaga
Reiki tidak sama dengan tenaga yang digunakan dalam berbagai jenis penyembuhan alternatif yang lain. Tenaga Reiki mempunyai getaran yang sangat tinggi, halus, lembut dan menyebar. Oleh kerana kehalusannya, Reiki dengan mudah dapat menyerap ke dalam sel-sel tubuh untuk menyihatkan atau melakukan pembaharuan (regenerasi) sel. Reiki bukanlah suatu agama ataupun bahagian dari suatu agama.

Sejarah Reiki

Reiki adalah seni penyembuhan tradisional purba yang ditemui kembali di Jepun oleh Dr. Mikao Usui (1865 -1926) lebih kurang 100 tahun yang lalu. Penyembuhan ini dilakukan dengan meletakkan tangan ke atas bahagian tubuh yang sakit sama ada dengan menyentuhnya atau tidak.

Kemudian ianya telah dikembangkan oleh Chujiro Hayashi. Pada tahun 1938 Hawayo Takata yang berasal dari Hawaii telah mengembangkannya di sana dan pada awal tahun 1980an ianya telah dikembangkan ke peringkat antarabangsa sebelum sampai di Malaysia sekitar tahun 1990an.